Baja Organik Malaysia - Bio One
Baja Cecair Organik Mikro Untuk Pelbagai Tanaman Anda

Pengenalan

Labels:
Baja Cecair Organik Mikro
Untuk Pelbagai Tanaman Anda

Pertanian adalah keperluan asas manusia
Pertanian merupakan aktiviti yang telah berjalan sejak ribuan tahun dahulu. Bidang pertanian berkait rapat dengan kelansungan hidup manusia sejak zaman-berzaman. Sedikit demi sedikit teknologi pertanian telah dimajukan dan pelbagai penemuan baru dihasilkan untuk menambah baik produk dan hasil yang dikeluarkan. Daripada pertanian berasaskan bahan semula jadi, ketamakan manusia untuk menghasilkan pendapatan tinggi telah mendorong penggunaan bahan-bahan kimia berbahaya didalam sektor ini untuk mengawal penyakit dan perosak serta meningkatkan pengeluaran per hektar. Hasilnya memang memuaskan, tetapi didalam jangka masa panjang boleh mendatangkan mudarat seperti ancaman penyakit berbahaya yang dihadapi oleh masyarakat moden sekarang seperti penyakit-penyakit kronik termasuk juga kanser.

Kembali kepada asas
Kesihatan
Ekonomi
Kebahagian
Pihak kami amat prihatin mengenai perkara ini, atas sebab yang demikian, berdasarkan konsep dan prinsip kembali kepada asas, pihak kami telah menjalankan kajian dan mengeluarkan produk-produk bermutu berkaitan di dalam industri pertanian secara organik agar membantu petani dan sesiapa sahaja untuk tujuan kesihatan, ekonomi dan kebahagian keluarga dengan menggalakkan pengunaan produk tanpa perlu menggunakan bahan kimia berbahaya dari baja hinggalah kepada penggunaan racun perosak dan sebagainya untuk manfaat kesihatan, ekonomi, dan kebahagian setiap lapisan rakyat Malaysia dan seluruh dunia.

Followers