Baja Organik Malaysia - Bio One
Baja Cecair Organik Mikro Untuk Pelbagai Tanaman Anda

Cara Bancuhan Baja

CARA BANCUHAN BAJA CECAIR ( KAEDAH SIRAMAN BIASA )




10ml @ 1 penutup botol + 4 hingga 6 liter air - Untuk Tanaman Sayur-Sayuran seperti sawi,salad,kobis, kucai,jagung,bayam,kangkung, dan lain-lain lagi ( siram sebelah pagi anggaran secawan teh ais atau 250 ml 3 hari hingga 7 hari sekali )





10ml @ 1 penutup botol + 4 hingga 6 liter air - Untuk Tanaman Berbunga seperti ros,puding,bonzai,kertas.kekwa dan lain-lain lagi / jika untuk orkhid kaedah remdam digalakkan selama 15 minit atau sehingga akar orkhid kehijauan ( siram sebelah pagi anggaran secawan teh ais atau 250ml 3 hari hingga 7 hari sekali untuk orkhid kaedah rendam )


10ml @ 1 penutup botol + 4 hingga 6 liter air - Untuk Tanaman Sayuran Berbuah seperti cili,jagung,kacang panjang,buncis,bendi dan lain-lain lagi ( siram setiap hari atau 2 hingga 3 hari sekali sebelah pagi anggaran secawan teh ais sepokok,atau menggunakan pam springkler atau manual )



10ml @ 1 penutup botol + 2 liter air - Untuk Tanaman Berbuah seperti durian,mangga,dokong,rambutan dan lain-lain lagi ( siram sebelah pagi anggaran sepokok 1/2 liter hingga 1 liter air sepokok 2 minggu sekali atau sebulan sekali )





10ml @ 1 penutup botol + 2 liter air - Untuk Kelapa Sawit ( siram sebelah pagi anggaran 1/2 liter hingga 1 liter sepokok )


10ML @ 1 penutup + 4 hingga 6 liter air - Untuk Padi (air bancuhan baja boleh digunakan semasa rendaman biji benih (percambahan). Penggunaannya semusim 3 kali iaitu ketika semai, anak dan bunting, dan kaedah yang biasa di gunakan ialah semburan berkabus atau kocakkan terus ke petak sawah (caranya ambil 10ml bio-oneplus atau 1 penutup terus kocakkan ke dalam petak sawah setiap 6 kaki. Kocakkan keliling petak sawah 3 kali semusim.



CARA SEMBURAN BERKABUS ( UNTUK PENCEGAHAN ; RAWATAN DAUN/BUNGA/BATANG )


*PERINGATAN* cara semburan berkabus ialah 2 kaki dari pokok tanaman dan cara bancuhannya sama seperti jenis-jenis tanaman di atas KAEDAH BANCUHAN SISTEM FERTIGASI ( MODEN )

Untuk media sekam @ sabut sahaja 100% sukatan ialah 10ml + 4 liter air (3 hingga 5 kali sehari bacaan ec ialah 1.5 hingga 2.0 untuk baja cecair mikro bio-oneplus ) Untuk media campuran sekam.sabut,tanah kadar sukatan ialah 10ml + 4 liter air ( 3 hingga 5 kali sehari bacaan ec ialah 1.0 hingga 2.0 )

Followers